.

.

Tuesday, 27 March 2012

Kyaw Thein digelar 'Lady Gaga Myanmar'



SALAH satu aksi Kyaw Thein.

YANGON - Penyanyi popular Myanmar, Phyu Kyaw Thein diberi gelaran 'Lady Gaga Myanmar' kerana kerap muncul dengan memakai topeng muka dan gaun ranggi ketika beraksi di pentas.

Dia kerap menyanyikan lagu Barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan seperti lagu nyanyian Jon Bon Jovi, You Give Love A Bad Name.

Namun, ketika ditanya tentang perbandingan tersebut, Kyaw Thein berkata, dia bukan meniru Lady Gaga.

Menurutnya, dia bergaya ranggi sejak lapan tahun lalu iaitu sebelum bintang pop Amerika Syarikat itu melonjak popular.

"Jangan marah tetapi itu yang sebenarnya," katanya.

Dia berkata, pakaiannya masih sopan seiring dengan budaya Myanmar dan tidak seksi seperti kostum penyanyi Lady Gaga.

Kyaw Thein, 30, memiliki ijazah sarjana muda perubatan tetapi memilih untuk tidak meneruskan latihan sebagai seorang doktor kerana orang ramai mengenalinya di hospital selepas dia muncul di televisyen.

"Namun, saya tetap gembira kerana dapat menggembirakan berjuta-juta penduduk di negara saya menerusi bidang ini (nyanyian)," katanya pada satu temu bual kediamannya di sini. - AFP

No comments:

Post a Comment