.

.

Thursday 12 April 2012

Lelaki boleh jadi pemenang Ratu Cantik Universe Dunia

GAMBAR fail menunjukkan Talackova (kiri) di Los Angeles pada 3 April lalu. 


NEW YORK - Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe kelmarin membenarkan lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina menjadi peserta sekali gus berpeluang dimahkotakan sebagai wanita paling cantik di dunia.

Pertubuhan Hak Gay dan Transgender (GLAAD) menyatakan, lelaki yang menukar jantina akan dibenarkan membuktikan kebolehan mereka dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa itu bermula pada tahun 2013.
Sebelum ini, seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina, Jenna Talackova telah dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada.

Lelaki yang menukar jantina menjadi perempuan dibenarkan bertanding selepas Talackova mempertikaikan keputusan pihak penganjur pertandingan itu membatalkan penyertaannya.

Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe yang dimiliki oleh bilionair terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini menetapkan hanya peserta yang lahir sebagai wanita sahaja dibenarkan bertanding.
Talackova, 23, menjalani enam pembedahan untuk menukar jantina.
Dia mula menjalani pembedahan itu semasa berusia 19 tahun.

Maklumat dalam pasportnya menyatakan bahawa dia seorang wanita.
Kemasukan peserta lelaki yang telah menukar jantina itu akan menyebabkan pemenang pertandingan Ratu Cantik Universe tidak lagi terdiri daripada wanita tulen.
Pertandingan Ratu Cantik Universe diadakan di beberapa buah negara bagi memilih wakil untuk bertanding pada peringkat dunia. - Agensi

No comments:

Post a Comment