wwww

www

.

.

Thursday, 24 May 2012

Sesuatu Yang Pelik Berlaku di Rumahku


Hari ni aku terasa ada sesuatu yg pelik berlaku di rumahku. Aku stay sorang dekat rumah coz my orang rumah balik kampung selama 2 minggu. Yang peliknya bermula semalam dimana aku sering kali nampak bayang hitam dekat dalam bilik tidurku. Bayang hitam itu cepat sangat berlalu dari panglihatanku. Ketika itu aku sedang layan facebook dekat meja makan. Kemudian tiap kali aku mengalihkan pandanganku ke arah pintu bilik, benda berwarna hitam yang seakan akan selindang itu  terbang dan sekelip mata hilang. Entah la. aku biarkan saja time tu.

Hari ni aku pergi rumah kakak ku dalam jam 3 gitu. Jarak rumah kami cuma 7km saja. Sesuatu yang pelik pun berlaku dalam kereta. Time aku buka pintu kereta, tisu, dvd, cd dan barang2 lain berselerak. Wal hal semalam time aku tinggalkan kereta semuanya elok je tersusun. Tak de pula ciri2 kena pecah. Entah la.

So aku balik rumah kira2 jam 6 petang tadi. Macam biasalah, kucing aku akan sambut kedatangan ku depan pintu. Tapi kali ni pelik sedikit apabila dia cuma memandangku tanpa mengeow seperti kebiasaannya. Tapi aku biarkan saja.

Lepas layan Laptop aku pun mandi. Time aku masuk bilik mandi, aku dapati lantainya basah. Seperti baru je di gunakan wal hal aku guna bilik mandi pagi tadi je. Maknanya dah hampir 10 jam dan sudah tentu air dah kering. Takut uols....
Time aku  tengah gosok gigi tiba2 air panas serta laju keluar dari shower heater. Sedangkan aku kecilkan air time tu. Nasib baik la aku dapat mengelak. Macam mana benda2 ni berlaku sedangkan aku hanya seorang dekat rumah. Pelik - pelik

Aku ingin buka rakaman cctv dalam rumah ku, tapi takut pulak dengan keadaan ini coz aku sorang - sorang je. Bila orang rumah aku balik aku akan cuba tengok balik apa sebenarnya yang berlaku.


# Sorry klu ada kesalahan pada penulisan Ombin kali ni coz x reti menulis k... Apa yang penting seram uols aku ketika ni.

No comments:

Post a Comment

Click For Me...