.

.

Sunday 8 July 2012

Syearry Ratu Cantik Unduk Ngadau 2012



MERIAH. Pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah sempena Festival Enggang Borneo 2012 menampilkan seramai 22 gadis kelahiran Sabah bagi merebut gelaran juara di Kuala Lumpur malam kelmarin.
Pertandingan tersebut menguji kepintaran peserta dalam pengetahuan tentang warisan adat dan budaya serta gaya peserta memperagakan pakaian tradisi suku kaum masing-masing.
>Gelaran Ratu Unduk Ngadau 2012 dinobatkan kepada gadis dari Tambunan, Syearry Sylvester, 22, dan tempat kedua pula dimenangi oleh Sandra Beti, 25.
Syearry berjaya membawa pulang wang bernilai RM1,500, trofi, dan sekeping tiket percutian ke Seoul, Korea dan Sandra memenangi wang tunai RM700.
SYEARRY (duduk, tengah) bersama Sandra (dua dari kiri) bersama peserta Ratu Cantik Unduk Ngadau 2012 di Kuala Lumpur kelmarin.

No comments:

Post a Comment