.

.

Wednesday, 14 March 2012

Budak berwarna oren


AMALAN makan lobak merah mungkin membantu seorang budak di Hamshire, England, Leo Barnett untuk melihat dalam gelap. Namun, situasi itu juga membuatkan dia mudah dicari kerana lobak berkenaan turut mengubah warna kulitnya menjadi oren cerah.

Budak berusia tiga tahun itu berdepan keadaan sedemikian kerana tubuhnya tidak dapat menghadam kerotin iaitu bahan yang menyebabkan makanan seperti lobak berwarna oren.
Apabila bahan tersebut banyak terdapat di dalam badannya, ia menyebabkan kulit Leo berwarna oren.
Ibunya, Angie Barnett, 40, terpaksa mengawal pemakanan Leo termasuk menghentikan makanan yang mengandungi kerotin demi kesihatannya.
"Tanda pertama mengenai tahap kesihatan Leo kami ketahui semasa dia berusia enam bulan. Dia menghidap pneumonia dan kami hampir kehilangannya.

"Buah pinggang dan hatinya gagal berfungsi. Sejak itu kami terfikir dari mana warna oren pada kulitnya datang. Tetapi setelah pengambilan makanan yang mengandungi kerotin dihentikan dalam tempoh beberapa bulan kemudian, kulitnya masih berwarna oren," kata Angie.
Pakar kesihatan mencadangkan agar Angie berhenti memberi makanan berwarna jingga kepada Leo. Namun, kulit budak itu tetap berwarna oren.

Doktor yang menjalankan ujian darah mendapati bahawa Leo tidak mempunyai enzim hati. Ini bermakna badan budak tersebut tidak mampu menukar kerotin kepada vitamin A yang boleh menguatkan sistem imunisasi.

Keadaan itu dikenali sebagai hiperbetakarotenemia. Kerotin telah banyak berkembang pada tubuh Leo. Sebab itulah dia sukar untuk mengurangkan warna oren pada kulitnya.
Bagaimanapun keadaan itu beransur-ansur pulih setelah dia menghentikan memakan hidangan yang mempunyai kerotin.

Menurut pakar, jumlah kerotin yang berlebihan tidak memberi kesan serius terhadap kesihatan. Tetapi akibat sistem imunisasi Leo yang terlalu lemah, ia boleh memudaratkan jika dia tidak mengambil vitamin A setiap hari.
LEO sukar bersembunyi pada waktu malam kerana kulitnya yang berwarna oren mudah dikesan.

No comments:

Post a Comment