AKTOR Jung Suk Won membuat pengakuan secara terbuka mengenai hubungan cintanya bersama penyanyi Baek Ji Young atau Ji Young dalam program televisyen Come To Play yang ditayangkan pada 5 Mac lalu.
"Saya bertemu dengan Ji Young secara kebetulan. Dia sangat berbeza daripada apa yang saya bayangkan.
"Saya sangka dia pasti seorang yang peramah dan gila-gila tetapi hakikat sebenarnya dia seorang yang pemalu. Selepas itu, saya melihat dia sebagai seorang wanita, bukannya penyanyi popular," ujar Jung Suk Won yang berusia 27 tahun.
Sambung aktor itu lagi, hubungannya dengan penyanyi yang berusia 36 tahun itu semakin rapat apabila mendapati terlalu banyak persamaan antara mereka meskipun usia Ji Young sembilan tahun lebih tua daripadanya.
"Selama enam bulan pertama perkenalan kami, hubungan kami hanya seperti hubungan antara adik dan kakak sahaja, tetapi suatu hari Ji Young beritahu yang kami harus berhenti berjumpa.
"Alasannya, saya baru sahaja memulakan kerjaya dan skandal cinta bersamanya hanya akan memusnahkan kerjaya saya. Dia sangat bimbang dan saya meyakinkannya bahawa sesiapa yang mempunyai bakat akan berjaya. Apabila saya cakap begitu, dia menangis dan kami meneruskan hubungan seperti biasa," kata Jung Suk Won tentang perjalanan cinta mereka.
No comments:
Post a Comment