.

.

Wednesday 2 January 2019

Miss USA Unplaced in Miss Universe

Jom guys kita tengok siapa sahaja miss USA yang telah gagal masuk ke top semifinalis. Seperti yang semua maklum, Miss Universe dimiliki oleh negara amerika dan sudah tentu kelebihan untuk wakilnya boleh tembus ke stop semifinalis agak cerah. Selama Miss Universe diselangara bermula dari tahun 1952 hingga 2018, bermakna sudah 67 tahun usia pertandingan kecantikan ini berlangsung.

Ramai peminat beauty pageant bertanya dekat admin bahawa kenapa wakil dari USA tiap - tiap tahun boleh lepas ke top semifinalis. So untuk pengetahuan you all, selama 67 tahun Miss Universe berlangsung, USA sudah empat kali unplaced. Jom kita tengok siapa mereka.



1. Barbara Peterson
Barbara berasal dari Edina, Minnesota dan pada tahun 1976 beliau berjaya memenangi gelaran Miss Minnesota USA 1976. Setelah itu Barbara bertanding di Miss USA 1976 mewakili negeri Minnesota dan sekali gus berjaya memenangi gelaran Miss USA 1976.

Barbara Mewakili USA dalam saingan Miss Universe 1976 yang berlangsung di Lee Theatre, Hong Kong. Barbara gagal masuk ke top semifinalis manakala ratu Israel, Rina Messinger berjaya memenangi gelaran Miss Universe 1976.


2. Kimberly Pressler
Kimberly berasal dari Franklinville, New York. Beliau sebenarnya merupakan Miss New York USA pada tahun 1999. Barbara mewakili New York dalam saingan Miss USA 1999 dan berjaya memenangi gelaran Miss USA 1999.

Pada tahun 1999 itu juga beliau mewakili negaranya dalam saingan Miss Universe 1999 yang berlangsung di Chaguaramas Convention Centre, Chaguaramas, Trinidad and Tobago.
Kimberly gagal melayakkan diri ke top semifinalis sementara wakil dari negara Botswana, Mpule Kwelagobe berjaya bergelar Miss Universe 1999.


3. Shauntay Hinton
Hinton berasal dari Washington. Beliau merupakan Miss District of Columbia USA 2002. Dalam saingan Miss USA 2002 beliau berjaya merebut gelaran itu dari 51 perserta di serata negeri di america yang mengambil bahagian pada tahun tersebut.

Di Miss Universe 2002, Shauntay Hinton gagal masuk ke jejaran top semifinalis dan  Oxana Fedorova dari Rusia berjaya memenangi gelaran Miss Universe 2002. Justine Pasek ratu dari negara Panama pula mengantikan pemenang asal apabila Oxana Fedorova gagal menjalankan tugasnya sebagai Miss Universe 2002.


4. Rima Fakih
Rima dilahirkan di negara Lebanon dan adalah pemastautin tetap di Amerika Syarikat semenjak berhijrah bersama ahli keluarganya ke Dearborn, Michigan. Rima Menjadi Miss Michigan USA 2010 dan berjaya memenangi gelaran Miss USA 2010.

Rima menjadi Miss USA yang pertama beragama islam yang memenangi gelaran itu sebelum beliau berpindah agama menjadi kristian pada tahun 2016.

Pada saingan Miss Universe 2010, Rima Fakih gagal masuk ke top semifinalis dan Ximena Navarrete dari Mexico berjaya memenangi Miss Universe 2010.

So guys itu la empat ratu USA yang gagal atau unplaced masuk ke jejaran top semifinalis.

No comments:

Post a Comment