.

.
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, 8 June 2012

Miley Cyrus dilamar Liam Hemsworth

HEMSWORTH dan Cyrus semasa mereka menghadiri tayangan perdana filem The Hunger Games di Teater Nokia pada 12 Mac lalu.

SYDNEY - Aktor filem The Hunger Games, Liam Hemsworth melamar teman wanitanya yang juga penyanyi dan aktres terkenal, Miley Cyrus.
Berita tersebut didedahkan mereka di laman Twitter semalam.
Cyrus yang merupakan bekas bintang siri televisyen Hannah Montana dan berusia 19 tahun itu berkenalan dengan Hemsworth, 22, pada tahun 2009 di set penggambaran filem The Last Song.
Menurut aktor kelahiran Australia itu, dia memberikan Cyrus sebentuk cincin pertunangan yang telah direka antara tahun 1880 dan 1890. - AFP

Donald Trump akan saman peserta ratu cantik

NEW YORK - Ketua Organisasi Ratu Cantik Universe, Donald Trump kelmarin berikrar akan menyaman bekas peserta Ratu Cantik USA, Sheena Monnin.

Saman itu akan dilakukan Trump yang juga seorang bilionair selepas Monnin menganggap lima peserta akhir pertandingan itu telah dipilih oleh panel hakim.
Monnin membuat dakwaan itu di laman Facebook.

Pemenang pertandingan yang diadakan pada Ahad lalu itu ialah peserta dari Pulau Rhode, Oliva Culpo.
Trump berkata, para hakim telah membuat keputusan dengan bebas dan saman itu dilakukan kerana Monnin menyatakan terdapat penipuan dalam pertandingan tersebut. - AFP

Thursday, 7 June 2012

Ratu cantik jadi ibu ayam

HANOI: Polis Vietnam berjaya menumpaskan rangkaian sindiket seks kelas atasan dan menahan empat orang, termasuk bekas ratu cantik kerana menawarkan model, penyanyi dan aktres kepada pelanggan kaya, lapor media kerajaan, semalam.

Polis mematahkan rangkaian sindiket itu selepas menyerbu sebuah hotel di selatan bandar raya Ho Chi Minh hujung minggu lalu dan menahan dua wanita yang mengakui bekerja untuk rangkaian sindiket itu bersama dua pelanggan, lapor akhbar Thanh Nien. Wanita terbabit memberitahu polis mereka bekerja untuk ratu cantik Vo Thi My Xuan, 29, dan mampu memperoleh hingga AS$4,000 (RM12,707) untuk setiap perkhidmatan, lapor kenyataan itu sambil menambah rangkaian sindiket itu membabitkan 20 model, penyanyi, aktres dan pelajar.

Vo Thi My yang memenangi pertandingan ratu cantik di selatan delta Mekong pada 2009 dipercayai menjadi seorang daripada dalang utama di sebalik rangkaian sindiket seks itu. Sesetengah wanita itu dibayar hingga AS$8000 (RM25,414) sehari untuk dihantar ke luar negara bagi melayan pelanggan kaya. Vo Thi My dan tiga lagi suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang ditahan di hotel itu sudah dibebaskan. - AFP