.

.

Sunday 6 May 2012

Mania Minggu 8 - Alyah Tersingkir


Setelah beberapa minggu Empayar Biru milik Aubrey Suwito terselamat daripada penyingkiran, Ternyata malam ini bukan nasib yang baik buat produser ini. Salah seorang Bintang Mania dari Empayar Biru iaitu Alyah telah diumumkan sebagai Bintang Mania yang tersingkir malam ini. Walaupun persembahannya menyanyikan lagu Jauh Di Sudut Hati dan Kasih nyanyian asal Allahyarham Sudirman memukau hampir semua penonton di Kompleks Sukan Panasonic ini, namun undian tidak berpihak kepada Alyah.

Sebelum penyingkiran dilakukan, pengacara Mania, Aznil Hj Nawawi telah mengumumkan hanya 5 Bintang Mania sahaja yang bakal beraksi di pentas akhir Galaksi Mania. Ini bermakna, 4 Bintang Mania malam ini tidak akan dapat beraksi di Konsert Akhir Mania. Seorang Bintang sudah diketahui manakal 3 lagi Bintang Mania akan tersingkir di Konsert Separuh Akhir Mania minggu hadapan.
Berikut adalah kedudukan selepas talian undian ditutup.

1. ARIL- 12%
2. HAFIZ - 12%
3. HAZAMA - 12%
4. STACY - 12%
5. EBI - 11%
6. ADIRA - 11%
7. SHILA AMZAH - 11%
8. JACLYN VICTOR - 10%
9. ALYAH - 9%

No comments:

Post a Comment