.

.

Thursday 7 June 2012

Ratu cantik jadi ibu ayam

HANOI: Polis Vietnam berjaya menumpaskan rangkaian sindiket seks kelas atasan dan menahan empat orang, termasuk bekas ratu cantik kerana menawarkan model, penyanyi dan aktres kepada pelanggan kaya, lapor media kerajaan, semalam.

Polis mematahkan rangkaian sindiket itu selepas menyerbu sebuah hotel di selatan bandar raya Ho Chi Minh hujung minggu lalu dan menahan dua wanita yang mengakui bekerja untuk rangkaian sindiket itu bersama dua pelanggan, lapor akhbar Thanh Nien. Wanita terbabit memberitahu polis mereka bekerja untuk ratu cantik Vo Thi My Xuan, 29, dan mampu memperoleh hingga AS$4,000 (RM12,707) untuk setiap perkhidmatan, lapor kenyataan itu sambil menambah rangkaian sindiket itu membabitkan 20 model, penyanyi, aktres dan pelajar.

Vo Thi My yang memenangi pertandingan ratu cantik di selatan delta Mekong pada 2009 dipercayai menjadi seorang daripada dalang utama di sebalik rangkaian sindiket seks itu. Sesetengah wanita itu dibayar hingga AS$8000 (RM25,414) sehari untuk dihantar ke luar negara bagi melayan pelanggan kaya. Vo Thi My dan tiga lagi suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang ditahan di hotel itu sudah dibebaskan. - AFP

No comments:

Post a Comment