.

.

Monday 11 June 2012

Vidya Balan artis terbaik India


RANBIR (kiri) membuat persembahan bersama bapanya, Rishi Kapoor semasa anugerah Akademi Filem India Antarabangsa di Singapura kelmarin.


SINGAPURA - Aktres Vidya Balan memenangi anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem The Dirty Picture dalam anugerah Akademi Filem India Antarabangsa di sini kelmarin.
Filem berkenaan mengisahkan kehidupan seks pelakon terkenal India yang dikenali sebagai Silk Smitha.

Aktor Ranbir Kapoor dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik selepas lakonan hebatnya dalam filem Rockstar.

Ranbir memegang watak sebagai seorang ahli muzik profesional dalam filem berkenaan.
Sementara itu, filem yang mengisahkan mengenai pengembaraan lakonan Hrithik Roshan, Zindagi Na Milegi Dobara menggondol sembilan anugerah.
Antara anugerah tersebut ialah pengarah dan filem terbaik.
Filem itu diarahkan Zoya Akhtar.

Kira-kira 10,000 peminat berada di Stadium Tertutup Singapura untuk menyaksikan anugerah tersebut yang berlangsung selama empat jam.
Seramai 800 penonton dianggarkan menonton anugerah itu menerusi siaran televisyen. - AFP

No comments:

Post a Comment